Recommended Links



Minggu ini menyaksikan pengenalan cip pemprosesan Snapdragon 865+ yang menawarkan kuasa pemprosesan melangkaui 3Ghz. Dua telefon pintar pertama yang akan menggunakannya adalah ASUS ROG Phone 3 dan juga Lenovo Legion Gaming Phone.

Samsung pada minggu ini telah mengumumkan mereka bakal memperkenalkan Galaxy Note 20 secara rasminya pada 5 Ogos kelak.

Di Malaysia, Vivo telah memperkenalkan fon telinga nirwayar terbaru mereka, Vivo TWS Neo Earphone pada harga RM359. Selain itu, OnePlus telah mula mengacah penawaran OnePlus Nord untuk pasaran Malaysia.
Realme pula telah memperkenalkan Realme X50 Pro 5G untuk pasaran Malaysia, dan akan dijual pada harga RM2999.

Selain itu, Nokia C2 turut hadir ke pasaran Malaysia dengan Android Go, pada harga RM259.

Minggu ini, Apple telah melancarkan iOS 14 Beta untuk pengguna tempatan, sekaligus membolehkan pengguna menguji sejumlah ciri baru ke iPhone tidak lama lagi.

Sony pada minggu ini membuat kejutan dengan membuat pelaburan pada Epic Games yang popular dengan permainan Fortnite.

Celcom kini mengatakan mereka telah bersedia dalam pengenalan rangkaian 5G untuk pengguna tempatan, dan hanya menantikan penawaran agihan spektrum daripada pihak SKMM.

Akhir sekali, Canon telah memperkenalkan dua kamera terbaru, iaitu Canon EOS R5 dan juga Canon EOS R6 – dimana kedua-duanya akan dipasarkan masing-masing bermula Ogos dan September kelak.

#techmalaysia #berita #gadget #beritatech #teknologi #gajet #amanz